Malaysia mengecam sekeras-kerasnya serangan bom bunuh diri ke atas sebuah masjid di Peshawar di Wilayah Khyber Pakhtunkhwa, Pakistan pada Isnin.<br /><br />Wisma Putra dalam satu kenyataan pada Rabu memaklumkan, Malaysia menzahirkan ucapan takziah dan simpati kepada keluarga mangsa, rakyat dan kerajaan Pakistan.